Malaysia menoktahkan rentak cemerlang dalam acara Quadrant dengan muncul juara Kejohanan Sepaktakraw Piala Asia 2025 selepas berjaya menundukkan Jepun 2-0 pada perlawanan akhir yang berlangsung sebentar tadi.
Mendapat sorakan padu ribuan penyokong di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur, skuad negara yang dibarisi  Muhammad Afifuddin Mohd Razali, Muhammad Shahalril Aiman Halim, Amirul Zazwan Amir dan Norfaizzul Abd Razak cukup bersemangat untuk menundukkan Jepun.