
PETALING JAYA: Malaysia buat julung kali dalam tempoh tiga tahun mendapat 50 mata dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International tahun lalu berbanding 47 mata pada 2022.
Pada 2019, skor CPI Malaysia ialah 53, sebelum merosot kepada 51 mata pada 2020 dan 48 tahun berikutnya.
CPI menggunakan skala 0 (dianggap sangat korup) hingga 100 (dianggap sangat bersih).
Dalam laporan terbaharu kumpulan antirasuah itu, ranking Malaysia dalam kalangan 180 negara ditinjau meningkat daripada tangga ke-61 pada 2022 kepada 57 tahun lalu.
Transparency International-Malaysia (TI-M) dalam laporannya berkata, peningkatan itu mungkin disebabkan peranan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara dalam mendakwa dua bekas perdana menteri, iaitu Najib Razak dan Muhyiddin Yassin.
Ia juga memetik penolakan rayuan terakhir…