Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Malaysia, negara membangun terkesan jurang keupayaan AI

today10 September 2024

Background


Mohamed Khaled Nordin
Ketaksamaan ketara antara negara boleh membawa kepada monopoli, eksploitasi dan amalan tidak adil, kata Menteri Pertahanan Khaled Nordin.

SEOUL: Ketaksamaan dalam keupayaan kecerdasan buatan (AI) khususnya dalam sektor pertahanan boleh meletakkan Malaysia dan negara-negara membangun lain dalam kekurangan yang ketara, kata Menteri Pertahanan Khaled Nordin.

Beliau berkata jurang itu wujud dalam pelbagai bidang berkaitan pertahanan seperti pengawasan, peperangan siber dan sistem autonomi.

“Saya percaya jurang ini akan meninggalkan negara-negara membangun seperti Malaysia dan negara-negara kurang membangun di kedudukan yang tidak menguntungkan.

“Jika tidak ditangani sewajarnya, ketaksamaan yang ketara antara negara boleh membawa kepada monopoli, eksploitasi dan amalan tidak adil,” katanya pada sesi meja bulat menteri-menteri pada Sidang Kemuncak Penggunaan AI yang Bertanggungjawab dalam Domain Ketenteraan (REAIM) 2024 di sini hari ini.

Menzahirkan kebimbangannya, beliau berkata…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post