

Malaysia dan Nepal bersetuju memperkemas mekanisme pengambilan pekerja antara kedua-dua negara bagi memastikan proses lebih teratur, telus dan berintegriti, selain membendung amalan yang boleh mendorong kepada eksploitasi sumber tenaga kerja.
Menteri Sumber Manusia R Ramanan berkata, komitmen itu dizahirkan semasa perbualan telefon bersama Menteri Belia, Buruh dan Pekerjaan Nepal Ramjee Yadav, yang turut menyentuh hubungan dua hala dalam bidang buruh dan pekerjaan.
Ramanan berkata, kedua-dua pihak menyedari kepentingan mewujudkan mekanisme pengambilan sumber tenaga kerja lebih teratur dan telus, serta menangani amalan yang boleh menyebabkan pekerja menanggung kos berlebihan atau terdedah kepada eksploitasi serta pihak perantara tidak bertanggungjawab.
“Malaysia kekal komited untuk memastikan…