
LANGKAWI: Menteri Luar Asean mengalu-alukan kemajuan Timor-Leste dalam melaksanakan hala tuju untuk ia mendapatkan keanggotaan penuh dalam blok serantau itu.
Menteri Luar Mohamad Hasan, berkata menteri-menteri turut menyatakan komitmen memudahkan proses penyertaan Timor-Leste ke dalam Asean.
“Ramai yang menekankan keperluan untuk menyokong usaha Timor-Leste melalui program pembinaan kapasiti dan sokongan teknikal khusus,” katanya pada sidang media selepas berakhirnya Permukiman Menteri Luar Asean.
Timor-Leste diwakili Menteri Luar dan Kerjasama Bendito dos Santos Freitas dalam mesyuarat itu.
Sementara itu, dalam satu wawancara di luar permukiman, Freitas menyuarakan keyakinan bahawa Malaysia sebagai pengerusi Asean 2025 akan memainkan peranan penting dalam memudahkan penerimaan Timor-Leste…