Pusat perubatan yang disenarai pendek untuk terlibat dalam program itu adalah IJN, Island Hospital, Pusat Perubatan Mahkota dan Pusat Perubatan Subang Jaya.

KUALA LUMPUR: Malaysia mengambil inisiatif memperkenal Program Hospital Pelancongan Perubatan Perdana pertamanya dengan menyenarai pendek empat pusat perubatan, iaitu Institut Jantung Negara (IJN), Island Hospital, Pusat Perubatan Mahkota dan Pusat Perubatan Subang Jaya.
Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC) dalam kenyataan memaklumkan program itu memainkan peranan penting dalam mentransformasi ekosistem penjagaan kesihatan di Malaysia dan rantau ini.
“Melalui program ini, hospital terkemuka negara sedang mempergiat komitmen dan usaha mereka bagi meningkatkan tahap kecemerlangan dalam memberikan perkhidmatan dari hujung ke hujung kepada pesakit sekali gus…