Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Malaysia persiap rapi hadapi rundingan tarif AS, lindungi sektor komoditi

today2 May 2025

Background


kelapa sawit palm oil plantation fmt
Pada masa ini, produk sawit Malaysia dikenakan tarif AS sebanyak 10% dan ditambah 24%.
PUTRAJAYA:

Malaysia sedang melakukan persiapan rapi bagi rundingan tarif rasmi dengan Amerika Syarikat (AS), dengan Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) mengutamakan keperluan melindungi kepentingan sektor komoditi negara, khususnya sawit.

Menterinya, Johari Abdul Ghani berkata, meskipun AS bukan pembeli terbesar produk sawit Malaysia, namun eksport ke negara itu tetap signifikan dan bernilai strategik.

“Kita telah menyalurkan semua fakta dan maklumat kepada Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti) untuk digunakan dalam rundingan akan datang.

“Contohnya, bagi kelapa sawit, walaupun AS bukan pembeli utama, kita masih mengeksport hampir RM4.9 bilion setahun ke sana,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Malam Gala Jubli Perak Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Beliau berkata, pasaran eksport terbesar bagi sawit Malaysia ketika ini ialah Eropah, India dan China,…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post