Imbas untuk muat turun aplikasi

Aktiviti Komuniti di Hot FM

MALAYSIA PREEMIE CHARITY RUN 2023

today20 September 2023

Background

Larian Amal ini diadakan sempena Hari Pramatang Sedunia yang akan berlangsung pada 26 November 2023 di Gamuda Cove, Dengkil. Dengan tagline Fight Like A Preemie, kami memperkenalkan acara ini sebagai sebahagian untuk mendedahkan kumpulan NGO Pertubuhan Kumpulan Sokongan Ibu Bapa dan Bayi Pramatang Malaysia (BPM) yang memberikan sokongan terutamanya bayi pramatang, ibu bapa & pasukan NICU di seluruh Malaysia.

Acara ini adalah sebahagian daripada kempen kesedaran untuk memberikan penjagaan yang lebih baik kepada bayi yang baru dilahirkan terutamanya Bayi Pramatang dan mendidik ibu bapa. Jangan lupa temu janji kita, penuhi masa terluang anda bersama keluarga dan rakan-rakan sambil berhibur dengan pelbagai aktiviti yang bakal disediakan oleh pihak penganjur sepanjang acara berlangsung.
Untuk pendaftaran larian boleh layari : https://v2.checkpointspot.asia/event/preemie-charity-run

Poster Acara

Written by: Hot FM


Previous post