

Malaysia meraih pelaburan diluluskan berjumlah RM92.8 bilion bagi suku pertama 2026, dengan Jepun menjadi pelabur asing terbesar manakala pelaburan domestik mencatatkan pertumbuhan tahun ke tahun paling kukuh dalam suku yang sama.
Menurut Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida), pelaburan tersebut melibatkan 1,249 projek merentas sektor perkhidmatan, pembuatan dan utama.
“Walaupun jumlah nilai mencatatkan penurunan kecil sebanyak 0.2% berbanding RM93 bilion pada suku pertama 2025, namun projek yang diluluskan dijangka mewujudkan 50,226 pekerjaan baharu, iaitu peningkatan 46.7% berbanding tempoh yang sama tahun lepas. Ini menunjukkan impak lebih besar terhadap pasaran guna tenaga daripada pelaburan yang diluluskan.
“Pelaburan asing menyumbang 60.5%, atau RM56.2 billion, kepada jumlah pelaburan yang diluluskan, manakala pelaburan…