Hot FM

Malaysia rakam ucapan takziah atas kemangkatan Ratu Elizabeth II



Istana Buckingham pada Khamis mengumumkan Ratu Elizabeth II mangkat di Balmoral pada usia 96 tahun. (Gambar AP)

PETALING JAYA: Malaysia mengucapkan takziah kepada keluarga diraja, kerajaan dan rakyat United Kingdom (UK) atas kemangkatan Raja Britain, Ratu Elizabeth II.

“Baginda ialah tokoh ulung dan sangat berdedikasi sepanjang pemerintahan baginda kepada rakyat UK dan Komanwel,” kata Menteri Luar, Saifuddin Abdullah di Facebook.

Istana Buckingham pada Khamis mengumumkan baginda mangkat di Balmoral pada usia 96 tahun.

Baginda mempunyai masalah kesihatan sejak 12 bulan lalu atas faktor usia dan terpaksa membatalkan untuk menghadiri acara rasmi atas nasihat doktor, menurut Bernama.

Kali terakhir baginda menghadiri acara rasmi ialah semasa sambutan Jubli Platinum pemerintahan baginda ke-70 Jun lalu.

Putera sulong baginda, Charles, 73, dinaikkan takhta sebagai raja baharu yang dikenali sebagai Raja Charles III.

Terdahulu pada tengah hari Khamis satu…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version