Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Malaysia rekod RM254.7 bilion pelaburan dalam 9 bulan pertama 2024, kata Anwar

today11 December 2024

Background


anwar ibrahim
Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pelaburan Negara (MPN) Bilangan 8 Tahun 2024 terkait soal prestasi pelaburan. (Gambar Facebook)

KUALA LUMPUR: Malaysia berjaya merekodkan jumlah keseluruhan pelaburan yang diluluskan dalam pelbagai sektor ekonomi bernilai RM254.7 bilion dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata ini merupakan peningkatan sebanyak 10.7% berbanding RM230.2 bilion bagi tempoh yang sama pada 2023.

Beliau berkata nilai ini melibatkan 4,753 projek yang dijangka menjana sejumlah 159,347 peluang pekerjaan baharu.

“Perkara itu dimaklumkan sewaktu saya mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pelaburan Negara (MPN) Bilangan 8 Tahun 2024 terkait soal prestasi pelaburan,” kata beliau menerusi hantaran di laman X.

Perdana menteri berkata MPN juga bersetuju dan mengesahkan garis panduan bagi Pembangunan Pusat Data Mampan yang mengandungi metrik kecekapan Keberkesanan Penggunaan Tenaga (PUE) dan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post