
KUALA LUMPUR: Malaysia dan Republik Kyrgyz bersetuju mengukuhkan kerjasama dalam bidang pendidikan termasuk Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu dibincangkan ketika beliau menerima kunjungan hormat daripada Penasihat Dasar Luar Presiden Republik Kyrgyz Muratbek Azymbakiev di Perdana Putra, Putrajaya.
“Berhubung Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP), Malaysia bersetuju melatih lebih ramai peserta dari Republik Kyrgyz dalam pelbagai bidang,” katanya dalam hantaran Facebook.
Perdana Menteri berkata, pertemuan itu turut membincangkan pelantikan penasihat khas dari Malaysia ke Republik Kyrgyz untuk membantu dalam pembangunan ekonomi negara Asia Tengah itu.
Dalam hal ini,…