Datuk Seri Anwar berkata kerajaan bersetuju untuk menjadikan Sarawak sebagai penganjur bersama temasya dwi tahunan itu apabila tiba giliran negara menjadi tuan rumah pada 2027 nanti.
Menurutnya, keupayaan Sarawak untuk menjadikan Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 sebagai antara penganjuran temasya sukan terbaik yang pernah diadakan, membuatkan beliau bersetuju memberikan tanggungjawab sebagai penganjur bersama Sukan SEA 2027.
Sementara itu, Jemaah Menteri turut memberikan penghargaan kepada Kerajaan Sarawak dan Jawatankuasa Penganjur Sukma Sarawak atas kejayaan mereka mengendalikan temasya berkenaan yang berakhir pada 24 Ogos lalu.
