Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Malaysia sasar 20 negara terbaik ekosistem pemula global menjelang 2030

today21 April 2024

Background


Anwar Ibrahim ketika menghadiri Majlis Makan Malam Eksklusif KL20 sempena Sidang Kemuncak KL20. (Gambar Facebook)

KUALA LUMPUR: Malaysia berhasrat menjadi antara 20 negara terbaik dalam ekosistem pemula niaga global menjelang 2030 dan meletakkan Kuala Lumpur sebagai hab pemula serta digital serantau.

Sehubungan itu, Sidang Kemuncak KL20 yang akan berlangsung selama dua hari bermula esok menjadi forum memudah cara syarikat permula dalam pelaburan bernilai tinggi, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, forum itu juga menggalakkan syarikat pemula berkembang ke luar negara dengan memanfaatkan rantaian ekosistem global yang lengkap.

“Saya menghargai perkongsian daripada wakil-wakil syarikat modal teroka dan pelabur yang hadir. Adalah penting supaya dasar-dasar kerajaan mengambil kira perspektif dan strategi jangka panjang mereka.

“Saya tegaskan tekad kerajaan mendukung syarikat-syarikat pemula dengan mempunyai dasar yang jelas merangkumi visi negara, kekuatan sumber dan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post