
KUALA LUMPUR: Malaysia yakin dapat meraih potensi pelaburan dan eksport bernilai RM13 bilion menerusi penyertaan di Ekspo Dunia 2025 di Osaka, Jepun, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Aziz.
Beliau berkata Malaysia merancang untuk memanfaatkan jumlah pengunjung yang besar yang dijangkakan sebanyak 28.2 juta pelawat.
Pada 2021, Malaysia mencatatkan perdagangan dan pelaburan bernilai RM8.3 bilion di Ekspo Dunia Dubai, menarik 5,000 pemimpin perniagaan ke pavilionnya yang mengetengahkan 400 syarikat Malaysia, katanya.
“Miti berbangga dan bertuah untuk menerajui penyertaan Malaysia di ekspo itu.
“Ini memberi peluang unik kepada Malaysia untuk mempamerkan komitmen kita yang tidak berbelah bahagi kepada pembangunan mampan, reformasi perindustrian dan pertumbuhan ekonomi yang…