
PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri Najib Razak berkata, Malaysia menjadi satu-satunya negara di rantau ini jatuh secara rasmi ke status kemelesetan ekonomi teknikal.
Beliau berkata, kemelesetan teknikal bermaksud ekonomi mencatatkan penguncupan dua suku tahunan berturut-turut.
“Semua negara-negara jiran sudah selesai lapor kadar pertumbuhan ekonomi bagi suku 3 tahun 2021.
“Malaysia satu-satunya negara sahaja yang jatuh secara rasmi ke status kemelesetan ekonomi teknikal pada ketika ini,” katanya di Facebook.
Ahli Parlimen Pekan itu berkata, Malaysia juga paling teruk dari kadar pertumbuhan ekonomi tahun ke tahun bagi suku ketiga 2021 di antara semua negara jiran.
Katanya, negara jiran Indonesia mencatatkan pertumbuhan 3.5%, Singapura (6.5%), Filipina (7.1%), Thailand (-0.3%) manakala Malaysia paling teruk pertumbuhan ada…