
PETALING JAYA: Malaysia bersedia membaiki atau membina semula sistem bekalan air bersih pasca konflik di Semenanjung Gaza, atas permintaan Palestin.
Perkara ini disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Fadillah Yusof kepada Menteri Air Palestin Mazen Ghunaim, yang juga ketua Pihak Berkuasa Air Palestin, pada pertemuan dua hala di luar mesyuarat kepimpinan tertinggi Forum Air Dunia ke-10, di Bali, Indonesia, yang berakhir hari ini.
“Mereka melahirkan harapan agar Malaysia dapat memberikan pelbagai bentuk bantuan terutama bantuan teknikal selepas krisis semasa.
“Pada masa ini, bekalan air bersih di sana terjejas teruk dan terganggu,” kata Fadillah, lapor Bernama,
Katanya lagi,…