Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Malaysia seru gencatan senjata segera di Lubnan

today26 September 2024

Background


Kementerian Luar Negeri berkata, Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan Israel di Lubnan yang meragut lebih 600 nyawa dan menyebabkan kemusnahan infrastruktur dahsyat. (Gambar AP)

PUTRAJAYA: Malaysia menyeru gencatan senjata segera di Lubnan susulan peningkatan jumlah kematian dan kerosakan infrastruktur meluas, dengan memberi amaran konflik berterusan boleh meningkatkan ketegangan di rantau itu.

Kementerian Luar Negeri berkata, Malaysia amat bimbang dengan konflik di Timur Tengah yang semakin meruncing dan mengutuk sekeras-kerasnya serangan Israel di Lubnan yang meragut lebih 600 nyawa dan menyebabkan kemusnahan infrastruktur dahsyat.

“Malaysia menyeru konflik ini dihentikan serta-merta bagi mengelakkan peningkatan ketegangan di rantau tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Sebagai menyokong usaha diplomatik untuk menamatkan konflik ini, Malaysia mengalu-alukan kenyataan bersama 25 Sept lalu oleh Amerika Syarikat, Australia, Kanada, Kesatuan Eropah, Perancis, Jerman, Itali,…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post