
PUTRAJAYA: Malaysia menyeru pihak-pihak berkaitan untuk menerima dan berusaha ke arah pelaksanaan penuh cadangan terkini oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, untuk menamatkan kekejaman Israel di Gaza.
Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan pada berkata cadangan itu adalah jalan ke hadapan terbaik untuk menamatkan malapetaka yang sedang berlaku di Gaza dan pengunduran penuh tentera Israel dari wilayah Palestin.
“Malaysia secara konsisten menyeru gencatan senjata yang kekal dan berkesan untuk membawa penghentian segera kepada pembunuhan rakyat Palestin dan konflik di Gaza.
“Dalam konteks ini, cadangan tiga fasa yang diumumkan oleh Presiden Joe Biden untuk gencatan senjata sepenuhnya, pembebasan tawanan daripada kedua-dua belah pihak, usaha ke arah pengakhiran kekal…