
PETALING JAYA: Malaysia secara dasarnya bersetuju mengimport 100,000 tan metrik daging halal, serta beras basmati, dari Pakistan.
Perkara ini diputuskan hasil pertemuan antara Perdana Menteri Anwar Ibrahim dengan rakan sejawatnya dari Pakistan, Shehbaz Sharif di Islamabad ketika lawatan tiga harinya ke negara itu.
Menurut Anwar, beliau yakin pengeksport daging halal Pakistan mampu mematuhi peraturan halal Malaysia yang ketat bagi mengekalkan kualiti produk daging halal mereka.
Dalam pada itu, Anwar yang tiba di Islamabad malam semalam menyifatkan kunjungannya ke negara Asia Selatan itu sebagai ‘amat bermakna’, lapor Bernama.
“Ia lawatan sangat bermakna ke Pakistan. Kami (delegasi Malaysia dan Pakistan) membincangkan pelbagai isu berkaitan kedua-dua negara termasuk zon…