Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Malaysia, Singapura meterai MoU kerjasama tangani jenayah rentas sempadan

today14 November 2024

Background


scammers
Dalam MoU yang dimeterai Malaysia dan Singapura hari ini, elemen jenayah siber turut ditambah bagi memperhebat kerjasama menangani jenayah rentas sempadan.

PETALING JAYA: Malaysia dan Singapura menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) hari ini untuk memperhebat usaha membanteras jenayah rentas sempadan seperti pemerdagangan orang, penyeludupan dadah dan jenayah siber.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan, MoU Mengenai Kerjasama Dalam Mencegah dan Menangani Jenayah Rentas Sempadan itu ditandatangani oleh Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Ehwal Dalam Negeri dan Undang-Undang Singapura K Shanmugam di Singapura.

Bernama melaporkan Saifuddin berkata semalam, MoU itu membaharui kerjasama rentas sempadan sedia ada antara kedua-dua negara, dengan menambah elemen jenayah siber, sesuai dengan trend semasa.

Menurut KDN, ketika pertemuan, kedua-dua menteri itu turut membincangkan kepentingan kerjasama keselamatan dua hala yang menyeluruh antara Malaysia dan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post