Hot FM

Malaysia sokong resolusi PBB mengenai Myanmar



Kementerian Luar Negeri berkata Malaysia bekerjasama rapat dalam ASEAN dan rakan kongsi luar untuk memastikan kemajuan usaha ini demi kepentingan rakyat Myanmar. (Gambar AFP)

PUTRAJAYA: Malaysia mengalu-alukan resolusi yang diterima pakai Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mengenai situasi di Myanmar pada Rabu, dengan menekankan bahawa resolusi itu mustahak dalam menyokong peranan utama ASEAN untuk mencari penyelesaian damai di negara yang diterajui junta itu.

Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan menyatakan Malaysia akan bekerjasama rapat dalam ASEAN dan rakan kongsi luar untuk memastikan kemajuan usaha ini demi kepentingan rakyat Myanmar.

“Malaysia sebelum ini menyeru UNSC untuk menunaikan tanggungjawab yang diamanatkan berdasarkan piagamnya.

“Majlis berkenaan (UNSC) juga menggalakkan masyarakat antarabangsa untuk menyokong mekanisme dan proses yang diterajui ASEAN dalam hal ini termasuk…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version