Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Malaysia tak perlu kasino, kata Anwar

today14 May 2024

Background


anwar bernama
Anwar Ibrahim dalam sesi pleno sempena Forum Ekonomi Qatar 2024 di Doha hari ini. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Anwar Ibrahim berkata negara kini menumpukan sektor transformasi digital, peralihan tenaga dan kecerdasan buatan (AI) yang memadai untuk mendorong pertumbuhan masa depan.

Justeru, perdana menteri dengan tegas berkata tiada keperluan untuk kasino kedua di Malaysia.

“Sama sekali tidak! Malaysia tidak perlu terlibat dalam perniagaan kasino (kedua).

“Kami menumpukan transformasi digital, peralihan tenaga (dan) AI, dan kami percaya ini (antara industri yang) mencukupi untuk memacu negara ke hadapan,” katanya menurut Bernama dalam sesi pleno sempena Forum Ekonomi Qatar (QEF) 2024 di Doha.

Beliau ditanya sama ada Malaysia mempertimbangkan untuk membenarkan pembukaan kasino kedua bawah kerajaan Madani.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post