
KUALA LUMPUR: Malaysia menarik pelaburan diluluskan bernilai RM123.3 bilion (USD28.0 bilion) dalam sektor utama, perkilangan dan perkhidmatan merangkumi 1,714 projek dari Januari hingga Jun 2022, termasuk membuka 57,771 peluang pekerjaan.
Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) dalam kenyataan, berkata pelaburan langsung asing (FDI) kekal sebagai penyumbang utama iaitu pada 70.9% atau RM87.4 bilion (USD19.9 bilion), manakala pelaburan daripada sumber domestik menyumbang 29.1% berjumlah RM35.9 bilion (USD8.2 bilion).
Dalam tempoh ini, sektor perkhidmatan memainkan peranan penting dalam pemacuan pemulihan ekonomi negara, menyumbang 63.3% daripada jumlah pelaburan yang diluluskan atau RM78.0 bilion (USD17.7 bilion) daripada 1,351…