PETALING JAYA: Malaysia rekod ketibaan 5.8 juta pelancong asing dari Januari hingga Mac tahun ini, tumbuh 32.5% berbanding 4.3 juta dalam tempoh sama tahun lalu.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Tiong King Sing, berkata 10 pasaran utama menjana pelancong ialah Singapura, Indonesia, China, Thailand, Brunei, India, Korea Selatan, Australia, United Kingdom, dan Filipina.
“Selain itu, bermula Januari hingga April 2024, Malaysia turut menerima penerbangan sewa khas dari Nanjing, Chengdu, Zhengzhou, Chongqing, Xi’an, Shenyang, Nanchang dan Guangzhou, keseluruhan 22 penerbangan khas setiap minggu dari bandar-bandar tersebut dengan anggaran 3,600 penumpang seminggu.
“Terkini, kita mempunyai 15 laluan tambahan baharu, termasuk Wuhan ke Kuala Lumpur, Ahmeddabad ke Kuala Lumpur, Incheon ke Kota Kinabalu dan…