Hot FM

Malaysia tiada halangan tambah acara Sukan SEA 2027


Perdana Menteri Anwar Ibrahim merasmikan Hari Sukan Negara 2026 di Litar Antarabangsa Sepang, hari ini.
SEPANG:

Malaysia tiada halangan terhadap cadangan menambah dua atau tiga acara Sukan SEA 2027, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, Malaysia menyokong permintaan itu namun penambahan perlu mengikut proses ditetapkan dan keputusan Persekutuan Sukan SEA (SEAGF).

“Kita sokong kalau ada penambahan, tetapi prosesnya juga perlu diikuti dan keputusan dibuat oleh SEAGF,” katanya ketika berucap merasmikan Hari Sukan Negara 2026 di Litar Antarabangsa Sepang.

Anwar berkata, beliau dimaklumkan mengenai permintaan Indonesia itu dan tidak mempunyai halangan untuk mempertimbangkannya, selagi ia dibuat mengikut tatacara ditetapkan badan berkenaan.

Isu itu timbul selepas Malaysia menerima surat daripada Indonesia pada 13 Nov lalu, memohon beberapa acara tambahan dimasukkan dalam Sukan SEA 2027 yang akan berlangsung di Malaysia.

Menteri Belia dan Sukan Taufiq Johari sebelum ini…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version