Site icon Hot FM

Malaysia, Uzbekistan boleh kerjasama teroka bidang pendigitalan, peralihan tenaga


Perdana Menteri Anwar Ibrahim tiba di Tashkent, Uzbekistan, bagi lawatan kerja ke tiga negara Asia Tengah. (Gambar Bernama)

TASHKENT: Malaysia dan Uzbekistan boleh berganding bahu meneroka bidang baharu dalam pendigitalan serta peralihan tenaga, sekali gus mempersiap rakyat masing-masing dengan ilmu baharu berkaitan kecerdasan buatan (AI), kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, kedua-dua negara juga boleh menjalin kerjasama yang baik dalam sektor halal, perbankan, dan teknologi makanan.

“Sudah tentu kita perlu pragmatik. Kita sedang berhadapan dengan dunia yang teramat mencabar,” katanya pada sidang akhbar bersama dengan Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev.

Terdahulu, Anwar melakukan kunjungan hormat ke atas Mirziyoyev sebelum mengadakan mesyuarat dengan presiden itu.

Anwar berkata, kedua-dua negara juga perlu meningkatkan kualiti pendidikan masing-masing.

“Sudah pasti kami akan bekerjasama dalam sektor pendidikan juga,” katanya.

Bagi perdagangan dan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version