Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Manchester United menjamu kunjungan Chelsea dalam aksi di Old Trafford.
Manchester United sedar bahawa hanya kemenangan yang mereka perlukan untuk memastikan mereka tidak tercicir daripada UCL musim hadapan, lebih lebih lagi adanya bintang besar seperti Ronaldo di dalam pasukan.
Chelsea tampil dengan aksi dominan di kedua dua babak permainan.
Manchester United cuba bermain dengan serangan balas. Namun mereka tidak memiliki bola yang cukup untuk melakukannya.
Reece James menjadi ancaman terbesar United. Beliau berterusan melakukan larian bertenaga dan menyusahkan Alex Telles sepanjang malam.
Walaupun dominan, Cheslea kesulitan untuk menembusi gawang United. Bukan kerana Red Devils bertahan terlalu kental. Sebaliknya kerana kecekapan David De Gea.
Pada separuh masa kedua, Chelsea mengekalkan rentak yang sama. Dan hasilnya mereka berjaya juga akhirnya menembusi gawang Man…