
KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menafikan kerajaan persekutuan mengenakan sebarang sekatan terpilih berkaitan royalti minyak kepada Terengganu.
Jurucakap kerajaan perpaduan itu berkata, Perdana Menteri Anwar Ibrahim sendiri sebaliknya menegaskan bahawa kerajaan akan terus menyalurkan bantuan kepada negeri itu, yang dikenali sebagai Wang Ehsan sebelum ini.
“Tak benar dakwaan itu, kita cuma nak pastikan semua peruntukan itu sampai terus kepada mana-mana projek yang dimaksudkan kerana ia (dana) hak milik rakyat dan harus sampai kembali kepada rakyat dengan saluran tepat dan projek dimaksudkan terlaksana.
“Ia bagi memastikan kelancaran mana-mana pelaksanaan projek, dan keduanya untuk memastikan tidak berlaku apa-apa isu dari aspek pengurusan dana, tak naklah dana terima projek tak jalan,” katanya selepas…