Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendedahkan parti itu dihubungi pihak yang menawarkan jawatan timbalan perdana menteri sebagai balasan sekiranya PAS menyertai kerajaan Anwar selepas PRU15.

PETALING JAYA: PKR mencabar PAS tampil mengemukakan bukti terhadap dakwaannya bahawa parti itu ditawarkan jawatan timbalan perdana menteri oleh pihak dalam kerajaan perpaduan.
“PAS boleh kemukakan bukti sekiranya ada,” kata Pengarah Komunikasi PKR Lee Chean Chung, sambil menambah kenyataan itu sengaja dibuat pihak yang masih tidak berpuas hati terhadap keabsahan kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim.
Dalam satu ucapan sempena majlis perasmian himpunan pemuda Islam Terengganu 2023 pada Jumaat lalu, Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendedahkan parti itu dihubungi pihak yang menawarkan jawatan timbalan perdana menteri sebagai balasan…
