Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Sebuah video berdurasi beberapa saat di laman TikTok yang menunjukkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menegur menteri yang berjanji untuk menaiktaraf kelengkapan latihan tentera. Selain itu, Sultan Ibrahim turut mempersoal kepada bekas menteri yang ada ketika itu, ‘Mana janji-janji dato?’
Video tersebut yang turut tular di Twitter merakam ucapan Sultan Ibrahim yang ketika itu seperti menghadiri satu upacara rasmi melibatkan tentera. Menerusi perkongsian seorang pengguna Twitter, video tersebut diambil pada 2017.

Nak tengok tahap barai mana isu pertahanan negara kita, boleh lihat video ni, baru yang ni belum yang lain. pic.twitter.com/HR31yHm8RV
— GOONS (@amyzulhel) June 7, 2022
Bagaimanapun, video yang tular tersebut telah mendapat sokongan kumpulan masyarakat yang berada di media sosial.
“Saudara-saudari sekalian, semenjak saya menjadi kolonel komandan…