
PETALING JAYA: Seorang bekas menteri mengkritik Putrajaya yang dilihat kurang proaktif dalam mengatasi masalah ekonomi termasuk berkaitan pelaburan beratus bilion diumumkan sebelum ini.
Hishammuddin Hussein (BN-Sembrong) menegaskan kementerian terbabit harus mengambil langkah proaktif mengambil tindakan susulan selepas pengumuman pelaburan langsung asing (FDI) ke dalam negara.
Menurutnya, menteri bertanggungjawab mengendalikannya tidak seharusnya bergantung kepada pengumuman melalui sidang media atau di laman media sosial semata-mata.
“Pelbagai MoU (perjanjian persefahaman) telah ditandatangani bersama pelbagai negara dari pelbagai sektor.
“Namun apakah tindakan susulan telah dilakukan? Tindakan menteri-menteri tidak mencukupi jika hanya bersandarkan kenyataan melalui sidang media atau di media sosial, mesti diperlihatkan dan rakyat merasai hasil tindakan…
