Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Manchester United Bakal Beraksi Di Bukit Jalil 28 Mei Ini, Tiket Bermula Serendah RM50

today9 April 2025

Background


Manchester United akan beraksi menentang ASEAN All Stars di Stadium Nasional Bukit Jalil di Kuala Lumpur pada 28 Mei ini sebelum beraksi di Hong Kong pada 30 Mei.

Skuad yang menyertai akan melakukan perjalanan bersama Rakan Kongsi Syarikat Penerbangan Rasmi, Malaysia Airlines.

Ketua Pegawai Eksekutif di Manchester United, Omar Berrada berkata mereka berbesar hati menganjurkan perlawanan ini untuk peminat disebabkan tahap sokongan yang begitu menakjubkan diterima Manchester United.

“Yang penting, perlawanan ini mampu memacu hasil tambahan yang besar membantu menjadikan kelab lebih kukuh, membolehkan kami terus melabur dalam kejayaan di atas padang.

“Ia juga dapat mewujudkan peluang unik untuk kami bekerjasama dengan rakan komersial kami yang dihargai, dan untuk mengeratkan hubungan dengan peminat kami di rantau seperti Asia dan AS,” katanya.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Iqmal Hazzwan


Previous post