
KUALA LUMPUR: Hujan lebat petang tadi menyebabkan jumlah mangsa banjir dipindahkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Selangor, Perak, Johor, dan Kedah terus merekodkan peningkatan malam ini.
Di Selangor, jumlah mangsa banjir yang berkurangan petang tadi kembali meningkat 277 mangsa daripada 56 keluarga, kepada 281 mangsa daripada 57 keluarga.
Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), tiga PPS iaitu PPS Dewan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Seri Kundang, Sekolah Kebangsaan (SK) Ijok, dan SK Bukit Badong masih beroperasi bagi menempatkan mangsa banjir dari dua daerah iaitu Gombak dan Kuala Selangor.
Situasi yang sama turut berlaku di Perak, apabila jumlah mangsa banjir di PPS kembali meningkat kepada 234 daripada 64 keluarga, berbanding 225 daripada 61 keluarga petang tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri…