Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Mangsa banjir 3 negeri meningkat kepada 748

today17 April 2024

Background


Tiga PPS beroperasi di Selangor iaitu di Petaling yang menempatkan 356 mangsa, PPS di Klang (204 mangsa) dan Kuala Selangor (54 mangsa). (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka meningkat sedikit kepada 748 yang ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 10 malam ini berbanding 534, petang tadi.

Menurut laporan terkini Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), terdapat tiga PPS beroperasi di Selangor iaitu di Petaling yang menempatkan 356 mangsa, PPS di Klang (204 mangsa) dan Kuala Selangor (54 mangsa).

Di Negeri Sembilan, terdapat satu PPS diaktifkan iaitu di Port Dickson yang menempatkan 79 mangsa manakala di Melaka sebuah PPS dibuka di Alor Gajah membabitkan 55 mangsa, setakat 8 malam tadi.

Sementara itu, dua sungai berada pada paras bahaya iaitu Sungai Klang, Selangor dan Sungai Besut, Terengganu, namun kedua-dua sungai berkenaan merekodkan trend menurun.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post