Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Mangsa banjir Batu Pahat kekal 141

today25 March 2023

Background


Seramai 79 mangsa ditempatkan di PPS Dewan Orang Ramai Yong Peng manakala 62 orang di PPS Sekolah Kebangsaan Seri Medan.

Seramai 141 mangsa banjir di Batu Pahat masih berlindung di pusat pemindahan sementara. (Gambar Bernama)

JOHOR BAHRU: Jumlah mangsa banjir di Batu Pahat kekal seperti petang tadi iaitu 141 orang daripada 37 keluarga ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 malam ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan seramai 79 orang daripada 22 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Orang Ramai Yong Peng, manakala 62 orang daripada 15 keluarga di PPS Sekolah Kebangsaan Seri Medan.

“Antara kawasan masih terjejas banjir di Yong Peng iaitu Kampung Parit Lapis Bangas, Kampung Jalan Lama, Taman Melur, Kampung Parit Amil, Taman Desa Suria dan Taman Berlian.

“Di Sri Medan pula melibatkan Parit Yusof, Parit Haji Ahmad, Parit Warijo, Parit Bangas, Parit Sendayun dan Parit Seri Pasir,” menurut jawatankuasa itu dalam kenyataan.

JPBN turut…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post