Bilangan mangsa di daerah itu kini tinggal kepada 343 orang malam tadi berbanding 369 orang sebelumnya.

PETALING JAYA: Bilangan mangsa banjir di Batu Pahat terus mencatatkan penurunan kepada 343 orang malam tadi berbanding 369 orang sebelumnya selepas sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah itu ditutup.
Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Johor, PPS Sekolah Agama (SA) Seri Bertam itu ditutup 6 petang semalam selepas dibuka sejak 2 Mac lalu yang menempatkan penduduk Kampung Haji Kamisan, Taman Selatan, Kampung Parit Lapis Terus dan Kampung Haji Mian.
Manakala PPS lain yang masih beroperasi dan menempatkan 87 keluarga adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Medan (156 orang), Dewan Orang Ramai Yong Peng (114 orang), SA Seri Comel (54 orang) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Hua Min (19 orang).
“Kawasan Dewan Undangan Negeri di daerah itu…