Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Mangsa banjir di 3 negeri naik

today5 October 2024

Background


Selangor menjadi negeri yang menempatkan mangsa banjir paling ramai setakat ini apabila seramai 1,195 individu daripada 286 keluarga ditempatkan di tiga PPS. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Selangor, Kedah, dan Perak mencatatkan sedikit peningkatan pagi ini berbanding malam tadi, dengan pembukaan beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) baharu di ketiga-tiga negeri.

Di Selangor, jumlah mangsa di tiga PPS yang beroperasi di Shah Alam, Gombak, dan Kuala Selangor meningkat kepada 1,195 individu daripada 286 keluarga pagi ini, berbanding 1,178 orang malam tadi.

Menurut portal InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, PPS yang dibuka ialah Dewan Majlis Perbandaran Selayan, Seri Kundang, Balai Raya Kampung Melayu Sri Kundang, Dewan Masyarakat Kampung Gombak, Kuang, SK Desa Aman, Dewan Kenanga Pejabat Daerah dan Tanah Petaling, Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam Bunga Matahari dan SK Ijok.

Di Kedah, jumlah mangsa banjir di negeri itu meningkat kepada 248 orang…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post