
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Pahang, Kelantan dan Selangor terus mencatatkan pengurangan malam ini.
Di Pahang, aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), melaporkan seramai 5,987 mangsa masih berada di 44 pusat pemindahan sementara (PPS) di lima daerah iaitu Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan dan Pekan, berbanding 6,351 di 48 PPS, petang tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pahang pula, melaporkan hanya enam lokasi jalan masih ditutup malam ini iaitu Jalan Kuala Lumpur-Kuantan di Maran, Jalan Kuala Lipis-Jerantut (Jerantut), Jalan Ulu Dong (Raub) dan Jalan Southern Loop (Bentong).
Di Selangor, aplikasi Info Bencana JKM juga melaporkan sedikit pengurangan jumlah mangsa kepada 2,281 individu malam ini, berbanding 2,285 di 13 PPS petang tadi.
Di Kelantan, jumlah mangsa banjir turut mencatatkan penurunan…