Hot FM

Mangsa banjir di 3 negeri turun kepada 8,274


Banjir Sabah 14FEB
Jumlah mangsa banjir di Sabah meningkat kepada 393 orang pagi ini berbanding 209 orang malam tadi, manakala Sarawak kekal dengan 970 orang di enam PPS di Sibu serta Kapit hari ini. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) tiga negeri mencatatkan penurunan kepada 8,274 orang pagi ini berbanding 9,218 orang petang semalam.

Di Johor, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 6,911 orang daripada 2,068 keluarga setakat 8 pagi tadi berbanding 8,040 orang (2,485 keluarga) petang semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Azmi Rohani, berkata semua mangsa ditempatkan di 43 PPS di lima daerah terjejas.

“Johor Bahru kekal mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 3,435 orang, diikuti Kluang (1,620), Pontian (1,426), Batu Pahat (340) dan Kota Tinggi pula 90 orang.

“Selain itu, hanya satu sungai dilaporkan melebihi paras bahaya, iaitu stesen Sungai Kahang di Kampung Contoh, Kluang dengan bacaan 14.99m,” katanya dalam…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version