Hot FM

Mangsa banjir di 4 negeri meningkat



Suhaimi Jafar, 64, dibantu cucunya meredah air untuk mendaftar masuk ke PPS di SK Kubang Gual, Pasir Mas selepas rumah mereka ditenggelami air. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Terengganu, Kelantan, Johor dan Perak meningkat setakat 8 malam tadi manakala Pahang merekodkan penurunan kepada 561 mangsa berbanding 581 orang di 11 pusat pemindahan sementara (PPS) petang semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Pahang memaklumkan daerah Temerloh masih mencatatkan bilangan mangsa tertinggi iaitu 383 orang diikuti Lipis (83 orang), Raub (48), Bera (27) dan Jerantut (20).

Di Terengganu, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 593 orang daripada 151 keluarga berbanding 546 orang daripada 137 keluarga petang tadi.

Sekretariat JBPN Terengganu dalam kenyataan memaklumkan Dungun menjadi daerah baharu dilanda banjir selain Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Setiu dan Kemaman dengan keseluruhannya 10 PPS dibuka.

Kemaman masih…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version