Site icon Hot FM

Mangsa banjir di Johor terus meningkat


Pusat Penempatan Sementara
Keadaan cuaca di semua 10 daerah di Johor diramalkan mendung malam ini. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir malam ini terus meningkat di Johor selepas Johor Bahru menjadi daerah terkini dilanda bencana alam itu manakala di Perak, jumlah mangsa berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) tidak berubah.

Setakat 8 malam tadi, mangsa yang berlindung di 33 PPS di semua lima daerah terkesan di Johor meningkat kepada 2,524 daripada 722 keluarga, berbanding 1,597 orang daripada 489 keluarga petang tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Azmi Rohani dalam kenyataan memaklumkan sembilan PPS baharu dibuka iaitu Dewan Raya Kampung Murni Jaya, Kulai; Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Bunian, Pontian serta Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kahang dan SK Seri Kencana, Kluang.

Selain itu, lima PPS dibuka di Johor Bahru iaitu SK Nam Heng, Dewan Muafakat Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, SJKC Pu Sze, SK Bukit Mutiara dan Dewan Majlis Bandaraya Johor Bahru Kampung Ulu…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version