
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat setakat 4 petang tadi, sementara mangsa banjir di Selangor ekoran fenomena air laut pasang besar telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Menurut laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 8,022 orang berbanding 7,494 orang pagi tadi.
Jumlah terbaru ini melibatkan 2,568 keluarga yang ditempatkan di 40 pusat pemindahan sementara (PPS) di lima daerah.
Daerah Kota Setar mencatatkan jumlah mangsa terbanyak iaitu 4,117 orang, diikuti Kubang Pasu (1,483); Pendang (1,434); Pokok Sena (841); dan Bandar Baharu (147).
Laman sesawang Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan lima sungai di Kedah berada pada paras bahaya iaitu Sungai Padang Terap di Kepala Batas; Sungai Bata di Kampung Bata di Kubang Pasu; Sungai…