
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Kedah dan Perak mencatatkan penurunan malam ini, dengan 128 orang masih ditempatkan di enam pusat pemindahan sementera (PPS) di kedua-dua negeri.
Di Kedah, jumlah mangsa menurun kepada 26 orang daripada lima keluarga, setakat 8 malam tadi berbanding 249 daripada 81 keluarga pagi tadi, menjadikan hanya dua PPS masih beroperasi di daerah Kota Setar dan Kubang Pasu.
Ketua Bahagian Sekretariat Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah, Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata, PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Titi Gajah di Kota Setar masih menempatkan enam orang (satu keluarga), manakala PPS SK Malau di Kubang Pasu menempatkan 20 orang (empat keluarga).
“Semua mangsa banjir yang masih berada di dua PPS berkenaan mungkin dibenarkan pulang esok, sekiranya tiada hujan malam ini dan air surut sepenuhnya esok,” katanya dalam…