Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Mangsa banjir di Kelantan bertambah, Terengganu turun

today30 November 2023

Background


Pemandu kenderaan mengharungi jalan yang dinaiki air dekat Kampung Sri Sentosa di Bachok, Kelantan susulan hujan lebat sejak semalam. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Kelantan kembali meningkat, manakala di Terengganu menurun malam ini.

Di Kelantan, berikutan hujan lebat sejak semalam, beberapa kawasan dinaiki air menyebabkan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 795 orang daripada 235 keluarga setakat 8 malam tadi berbanding 317 orang daripada 101 keluarga pagi tadi.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, semua mangsa berlindung di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di jajahan Pasir Mas, Bachok dan Kota Bharu.

Kota Bharu menjadi jajahan terbaharu terjejas banjir apabila PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sering dibuka tengah hari tadi bagi menempatkan 177 mangsa daripada 52 keluarga, manakala 227 mangsa daripada 78 keluarga sedang berlindung di PPS SK Gual To’Deh, Pasir Mas.

Di Bachok, PPS SK Jelawat menempatkan 109 orang daripada 31…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post

Sukan

Sabah mara ke separuh akhir Zon Asean

Kuala Lumpur: Sabah FC mengesahkan slot ke separuh akhir Zon Asean selepas menang selesa 4-1 ke atas kelab Singapura, Hougang United dalam saingan Piala AFC di Stadium Jalan Besar, di Singapura, malam tadi.

today30 November 2023