Seramai 5,093 mangsa banjir berlindung di 16 PPS di Kelantan, manakala 812 orang di PPS di Terengganu pagi ini.

PETALING JAYA: Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat, manakala Terengganu pula menunjukkan penurunan, pagi ini.
Seramai 5,093 mangsa banjir daripada 1,622 keluarga berlindung di 16 pusat pemindahan sementara (PPS) di Pasir Mas dan Tanah Merah pagi ini berbanding 4,840 orang malam tadi.
Harian Metro memetik portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat memaklumkan 4,969 mangsa ditempatkan di 15 PPS di Pasir Mas dan sebuah PPS di Tanah Merah menempatkan 124 mangsa.
Laman web publicinfobanjir.water.gov.my melaporkan Sungai Golok di Rantau Panjang masih melepasi paras bahaya 10.08m dan Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat melepasi paras waspada 2.32m.
Di Terengganu, jumlah mangsa banjir menurun kepada 812 orang daripada 80 keluarga di 10 PPS di…