Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Mangsa banjir di Kelantan, Terengganu terus meningkat

today27 November 2024

Background


banjir terengganu
Anggota tentera membantu memindahkan kanak-kanak yang terperangkap dalam kediaman mereka di Kampung Tengkawang, Kuala Berang hari ini. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Situasi banjir yang semakin memburuk di Kelantan dan Terengganu menyaksikan pertambahan mendadak jumlah mangsa dengan lebih banyak pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka setakat 8 malam ini.

Kedah dan Perlis menjadi negeri terbaru dilanda banjir hari ini manakala situasi di Perak dan Johor tidak berubah.

Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 21,568 orang berbanding 12,526 orang yang berlindung di 127 PPS petang tadi melibatkan sembilan jajahan iaitu Pasir Mas, Pasir Puteh, Kuala Krai, Kota Bharu, Tanah Merah, Machang, Tumpat, Bachok dan Jeli.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) jajahan Pasir Mas mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 8,466 orang di 32 PPS, diikuti Pasir Puteh (2,204 mangsa di 16 PPS), Kota Bharu (2,004 mangsa di 17 PPS), Tanah Merah (2,048 mangsa di 18 PPS),…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post

Sukan

Sabah melangkah ke suku akhir dengan bergaya

Kuala Lumpur: Sabah FC menepati ramalan mudah mara ke peringkat suku akhir Piala Malaysia 2024/2025 selepas menyingkirkan PT Athletic dengan keputusan agregat 7-0, apabila melakar kemenangan 3-0 pada aksi timbal balik pusingan 16 di sini, malam ini.

today27 November 2024