Site icon Hot FM

Mangsa banjir di Kelantan, Terengganu terus meningkat


banjir terengganu
Anggota tentera membantu memindahkan kanak-kanak yang terperangkap dalam kediaman mereka di Kampung Tengkawang, Kuala Berang hari ini. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Situasi banjir yang semakin memburuk di Kelantan dan Terengganu menyaksikan pertambahan mendadak jumlah mangsa dengan lebih banyak pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka setakat 8 malam ini.

Kedah dan Perlis menjadi negeri terbaru dilanda banjir hari ini manakala situasi di Perak dan Johor tidak berubah.

Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 21,568 orang berbanding 12,526 orang yang berlindung di 127 PPS petang tadi melibatkan sembilan jajahan iaitu Pasir Mas, Pasir Puteh, Kuala Krai, Kota Bharu, Tanah Merah, Machang, Tumpat, Bachok dan Jeli.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) jajahan Pasir Mas mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 8,466 orang di 32 PPS, diikuti Pasir Puteh (2,204 mangsa di 16 PPS), Kota Bharu (2,004 mangsa di 17 PPS), Tanah Merah (2,048 mangsa di 18 PPS),…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version