
KUALA LUMPUR: Situasi banjir di Sarawak dan Sabah masih membimbangkan dengan bilangan mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) dilaporkan terus meningkat, setakat 8 malam tadi.
Di Sarawak, keadaan banjir bertambah buruk dengan mangsa meningkat kepada 11,234 orang daripada 3,187 keluarga di enam bahagian.
Laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak menyatakan Bahagian Bintulu yang melibatkan daerah Bintulu, Tatau dan Sebauh kekal mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 5,350 orang daripada 1,429 keluarga, diikuti Bahagian Serian (daerah Serian, Siburan dan Balai Ringin) dengan 2,254 mangsa daripada 703 keluarga.
Bahagian Samarahan (daerah Samarahan, Asajaya, Sebuyau, Simunjan dan Gedong) mencatatkan 1,530 mangsa daripada 508 keluarga, serta Bahagian Sibu (daerah Selangau dan Kanowit) mencatatkan 1,017 mangsa daripada 237 keluarga.
Bahagian…