Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Mangsa banjir di PPS 4 negeri menurun

today21 November 2022

Background



Mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Selangor, Perak, Melaka dan Kelantan mencatatkan penurunan malam tadi. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Selangor, Perak, Melaka dan Kelantan mencatatkan penurunan malam tadi, namun di Johor bilangan itu kekal biarpun cuaca cerah di beberapa daerah semalam.

Setakat jam 8 malam semalam, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Angkatan Pertahanan Awam melaporkan jumlah mangsa banjir di Selangor terus merekodkan penurunan kepada 637 mangsa daripada 172 keluarga berbanding 886 individu membabitkan 233 keluarga pagi semalam, menurut Bernama.

Sebanyak 13 PPS masih dibuka iaitu enam di daerah Sepang, masing-masing tiga di Kuala Selangor dan Kuala Langat manakala satu di Klang.

Sementara di Perak pula, mangsa banjir di seluruh negeri menurun kepada 864 orang daripada 243 keluarga setakat 8 malam berbanding 920 orang daripada 263 keluarga pagi…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post